image1 image2 image3

ASSALAMUALAIKUM|WELCOME TO LENSA AWAN BLOG|I LOVE TO DO CREATIVE THINGS|I'M AFFILIATE

111: 7 CARA UNTUK BERJIMAT CERMAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, lama saya tak menulis di sini. Saya doakan anda di sana sihat dan segala urusan anda dipermudahkan Allah. Kali ini mungkin kita semua sedia maklum bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Bagi golongan yang makan gaji di kalangan sektor awam dan swasta mungkin menghadapi cabaran dalam kenaikan harga minyak dan barang yang semakin berleluasa.

Mungkin ada di kalangan kita tercari cari cara untuk berjimat cermat. Eloklah tu! Saya hari ni nak kongsi sikit cara berjimat cermat cara kawan saya dan cara saya. Di bawah ini bukan semua saya buat, ada juga saya buat. Takkan nak bagitahu bukan? Baca je. Ini sekadar cadangan. Ok, kita teruskan!


Nombor 1: Limitkan duit dalam dompet.

Ini cara yang mudah nak hadkan perbelanjaan kita, bila kita keluarkan jumlah yang kadar ditetapkan pastinya kita akan terkawal. Tolong pastikan anda setkan jumlah wang dikeluarkan pada setiap minggu. Memang rasa tidak selesa, sekurang kurangnya kita dapat sediakan duit simpanan walau sedikit untuk masa depan kita sendiri.






Nombor 2: Kitar semula & guna semula

Ini bukan kempen! Tapi kena ingat selain memulihara alam sekitar, ini cara sesuai untuk kita mengurangkan kos perbelanjaan untuk alatan dan barangan terutamanya yang berkaitan dengan rumah kita. Cara terbaiknya adalah  kita melakukan kitar semula dan guna semula barangan terpakai. 

Kitar semula ini kita bawa ke pusat kitar semula akan dapat bayaran daripada pusat kitar semula bergantung prosedur termasuk berat timbangan barangan yang ingin dikitar semula. Wah, bukan itu cara menambahkan pendapatan secara sihat? 



Bagaimana pula dengan guna semula?

Bukankah ini cara berjimat cermat dengan tidak berbelanja membeli barang baru? Bahkan ada barangan terpakai dibentuk menjadi peralatan yang bertemakan hipster. Kadangkala lagi cantik berbanding rekaan asal tau! Cubalah. Dah nama cadangan, bukannya paksaan. Hehe..


contoh menarik barangan diguna semula




Nombor 3: Memilih aplikasi yang membantu memberikan diskaun

Mungkin pelik bunyinya. Tapi tak pelik kalau anda sudah lakukannya. Ya, memang ada aplikasi IOS dan android yang menawarkan diskaun secara offline! Namanya MyKadSmartshopper!

Anda rakyat Malaysia? Menggunakan nombor kad pengenalan anda sudah melayakkan anda untuk menjadi ahli MSS. Bagaimana? Tekan link ini : http://bit.do/lensaawan . Daftarkan maklumat anda dengan lengkap. Kemudian, download aplikasi itu dengan mencari Mykadsmartshopper.



download apps ini


daftar masuk seperti mana maklumat diisi sebentar tadi pada link
Seandainya anda ada apa apa persoalan boleh hubungi saya: 0183514429 untuk penggunaan aplikasi MSS ini.






Nombor 4: Berbelanja online

Kata orang, berbelanja online lebih murah berbelanja offline. Mungkin benar! Soalannya adakah anda pengguna online?

Jadi apakah cara lebih bijak untuk berjimat? Selain berbelanja online mendapat diskaun berdasarkan kempen dijalankan oleh LAZADA, ZALORA, dan syarikat online lain, mahukah anda tahu diskaun dua kali pada waktu yang sama?

Sekiranya anda dah daftarkan keahlian MSS di atas, berdasarkan link diberikan, saya cadangkan untuk berbelanja menggunakan 'pintu ajaib' yang dinamakan sebagai, SMARTSAVER.








ATAU!!!

Anda dah daftar sebagai ahli MSS, anda boleh guna cash point hasil anda mendapat diskaun untuk menggunakannya di Bear In Bag! Wow! Layari: bearinbag.com



Nombor 5: Menyimpan duit dalam tabung

Tabung? Ini bukan saya. Haha. Tetapi ini daripada idea kawan saya. Ada seorang itu dia sediakan tabung RM 5. Setiap kali berbelanja, ada baki RM 5 dia akan sumbangkan ke dalam tabung yang disediakan.

Ada juga buat tabung yang mengasingkan tujuan duit dikumpul. 





Nombor 6: Lantik penasihat kewangan

Kawan saya melantik isteri beliau sebagai penasihat kewangan setiap bulan. Dia membayar upah menjadi penasihat kewangan beliau dengan membayar 10% daripada income bulanan yang diperolehi beliau. Kelakar bunyinya, tetapi saya merasakan ini tindakan yang bijak. Anda pula bagaimana?



Nombor 7: Rangka perbelanjaan bulanan dan REVIEW!

Rancang perbelanjaan bulanan. Dengan cara ini, kita akan merasakan tidak selesa sekiranya perancangan kita tidak diikuti dengan betul dan tepat. Ini juga akan membantu secara tidak langsung untuk mendisiplinkan diri kita untuk berbelanja dengan lebih bijak dan berjimat cermat.





Anda ada cadangan lebih bernas?

Sila komen di bawah.


Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan