Sunday, 6 March 2011


Waduh..waduh... Aku ngak jumpa lagi link download filem Dalam Mihrab Cinta ni...

Macam biasalah... Kang Abik(Habiburrahman el-Shirazy) pilih pelakon yang hensem-hensem untuk berlakon dalam filem arahan dia. Satu perkara yang aku kagum ialah kesungguhan Kang Abik dalam menyebarkan dakwah Islam menggunakan saluran terpenting umat manusia... Media massa. Cuba bayangkan seorang lepasan al-Azhar menjadi seorang ustaz berjiwa seni...bersajak, berlakon, mengarang novel ~hot~(sehingga di sana dia digelar tangan emas kerana setiap karyanya sering mendapat bestseller), dan kali ni dia menjadi pengarah filem pertama selepas tiga novelnya difilemkan iaitu Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan KCB 2.

Aku mula meminati karya dia selepas membaca novel Ayat-Ayat Cinta semasa awal tingkatan 5. Banyak permaslahan agama yang dilontarkan dalam setiap novel. Kali ini, aku tengah sibuk mencari mana-mana sahabat atau blogger yang ada link atau dah download filem ni..

Hero filem kali ni tidaklah seperti hero yang lepas-lepas. Perbezaan ketaranya adalah bagi 'dalam mihrab cinta' pembawa watak utama, syamsul hadi bukanlah 'manusia sempurna' sepertimana fahri dan azzam. dan itulah kekuatan utama dalam novel dan filem ini, kerana kita lebih cenderung untuk 'menerima' manusia itu bukanlah manusia yang cukup sifat baiknya. dan juga kita mungkin rasa lebih dekat dari seorang muslim yang berdoa untuk Allah mengampuni ke atas kesilapannya dari seorang muslim yang lain yang berdoa agar Allah memberi kekuatan iman bagi memerangi hawa nafsunya. bukan begitu, teman-teman?

novel 'dalam mihrab cinta' telah dijadikan filem dan pada masa yang sama, peminat-peminat beliau dapat menikmati novel penuh bagi filem tersebut. dari trailer filem yang disediakan di youtube, memang filem ini nampaknya akan menjadi sehebat filem 'ayat-ayat cinta'. dan dengan pembawa watak seperti dude harlino dan asminrandah yang sudah dikenali oleh peminat-peminat sinetron di malaysia ini, insyaallah rasanya filem ini dapat ditayangkan di malaysia nanti. sila dapatkan info tentang filem ini di sini.





ABS: Korang dah baca novel Bumi Cinta-Kang Abik? Kalau belom... bleh pinjam..

3 comments:

apisv2 said...

salam,
melawat dn mengunjungi kwn2 blogger;p
blog apisv2

NOR AIDA said...

salam..suke dngr lagu bunga2 cinta lam filem nih..bila la boleh tgk full cete ni.huhu.

Anak Seni Waja said...

hmm... btul tu..

Post a Comment