Featured Posts Coolbthemes

Followers

Monday, 14 May 2012

Pameran PSV 2012

Alhamdulillah tuan Pengarah IPG KDRI, En. Ghulam Sarver bin Mubarak Ali melawat tapak pameran kami bertempat Bilik Seni Visual. Bertemakan alam semulajadi, karya catan dihasilkan mengikut tema yang diberikan. Syukur kepada Allah, perancangan kami menjadi. Tuan pengarah rupanya pandai berjenaka dan amat teliti berkenaan sentuhan setiap karya dihasilkan. Semoga karya kami ini, menjadi titik tolak untuk penghasilan karya yang lebih menarik. Insya-Allah!




BERSIH 3.0

Akhirnya ribut BERSIH 3.0 reda setelah beberapa minggu isu keganasan peserta BERSIH dihebohkan oleh media massa sehinggakan menenggelamkan isu sebenar BERSIH 3.0. Apakah isu sebenar BERSIH? Ia merupakan tuntutan membersihkan beberapa perkara berkenaan pilihanraya. 


Tuntutan Bersih  :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)2. Reformasikan Undi Pos3. Gunakan Dakwat Kekal4. Akses Media Yang Bebas & Adil5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari6. Kukuhkan Institusi Awam7. Hentikan Rasuah8. Hentikan Politik Kotor
Penulis bersama Menteri Dalam Negeri




Adakah salah tuntutan di atas dilaksanakan? Menurut hematku, ini merupakan tuntutan WAJIB dilakukan untuk memastikan pilihanraya di negara kita tidak disalahguna oleh mana-mana pihak sebagaimana yang diketahui umum.


Kemudian timbul isu keganasan peserta BERSIH. Adakah ia benar-benar sahih keganasan yang dilakukan adalah 100% daripada peserta BERSIH? Adakah keganasan ini didalangi oleh pihak Special Branch(SB)? Banyak bukti menunjukkan bahawa provokasi berpunca daripada pihak polis. Namun, bukanlah penulis menyalahkan polis 100% kerana ada juga peserta yang mungkin terpengaruh. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. 

Adakah perkara ini termasuk dalam perancangan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin? Sebelum kita melemparkan tuduhan ini, lebih baik kita membaca ayat al-Quran dari surah Al-Hujurat ayat 6:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Mungkin masing-masing ada bukti dan pada penulis masih samar untuk mengatakan polis dalang provokasi. Untuk penilaian kalian, penulis sediakan video yang menerangkan situasi di sana tempoh hari.

Kemudian, datang pula isu Majlis Fatwa Kebangsaan membawakan fatwa mengharamkan demostrasi. Penulis pula sudah keluarkan artikel yang bersumber daripada MANHAL PMRAM. Sila lihat sumber di sini.

Adakah demostrasi haram? Apa kata ulama yang diiktiraf dunia? 



Syeikh Ali Jumuah, Mufti Besar Mesir : Demonstrasi Harus, ianya adalah hak rakyat menyatakan tuntutan pada pihak berwajib! 

______________________________________________________________________
 Syeikh al-Azhar sendiri setuju dengan DEMONSTRASI AMAN.

Ucapan penuh amanah dan berani daripada al-Imam al-Akbar Syaikh al-Azhar Dr. Ahmad Toyyib -Hafizohullah-. Al-Azhar mendepani kebangkitan rakyat menentang kezaliman para pemerintah.
Antara ucapan beliau: 

السنة النبوية الشريفة أباحت التظاهر السلمي لمواجهة ظلم الحاكم إذا لم يستمع إلى نصح الرعيَّة

yang bermaksud: "Sunnnah Nabawiyyah mengharuskan DEMONSTRASI SECARA AMAN untuk berdepan dengan kezaliman pemerintah apabila pemerintah tidak mahu mendengar nasihat rakyat".

Antara ucapan beliau lagi:


الإسلام يرفض الظلم بكل صوره، ويبيح التصدي له وللحكام الظالمين، بشرط عدم رفع السلاح حتى لا يؤدي ذلك إلى نشوب الحروب الأهلية، والتي تكون مقدمة لفتنة كبرى تصعب السيطرة عليه
yang bermaksud: "Islam menolak kezaliman dalam apa bentuk kezaliman sekalipun. Islam mengharuskan penentangan terhadap kezaliman dan para pemerintah yang zalim dengan syarat tidak mengangkat senjata sehingga tidak menyebabkan perang saudara yang akan menjadi mukaddimah kepada fitnah yang lebih besar yang semestinya susah untuk mengawalnya". 
Sumber:


http://www.almasryalyoum.com/node/601991



_____________________________________________________________________
Imam Qaradawi jawab isu orang yang keluar demonstrsi dikatakan khawarij! 

_______________________________________________________________________________________

Kemudian Institut Forum Siswa (i-FORSIS), menghasilkan sebelas resolusi:

Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.  
Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.

Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.
Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.

Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.

Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.

Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syarak.

Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.

Mengadakan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.


“Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah,” kata Presiden GAMIS.

Menurutnya, resolusi tersebut dipersetuju sebulat suara oleh wakil-wakil dari PKPIM pusat, PKPIM UIAM, JK Informasi & Maklumat PEMBINA pusat, PEMBINA UIAM, GAMIS, SIGMA-GAMIS, KARISMA Daerah Gombak, GPMS UIAM dan Ma’ruf Club UIAM.


Menurut penulis, ini merupakan resolusi yang baik selaku wakil siswa di IPT. Semoga lanjutan BERSIH 3.0, kita akan menikmati pilihanraya terbersih yang pernah dianjurkan oleh SPR! Ameen...




Thursday, 10 May 2012

Komentar Filem Naskhah Cinta Rasulullah

Alhamdulillah, aku merafakkan setinggi terima kasih berupa ucapan tasbih dan selawat kerana aku masih lagi bergelar muslim. Di saat jari ini menaip dan menyiapkan komentar berkenaan Filem Naskhah Cinta Rasulullah, aku bersyukur kerana sahabat IPG Kampus Perlis dapat menghasilkan filem dakwah yang sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Pertamanya, mesej yang ingin disampaikan bagus. Cuma lakonan boleh diperkemaskan lagi. Penghayatan mungkin tidak sampai tahap maksimum namun syabas kerana dapat membiasakan diri berlakon di khalayak. Kadangkala bahasa tubuh badan terlebih dari sepatutnya, mungkin watak utama cuba memperlihatkan kekesalan di atas maksiat dilakukan.

Kedua, sudut rakaman camera dslr mungkin dapat diperbaiki kerana ada posisi yang kelihatan kurang sesuai. Akan tetapi ia mungkin dapat memperlihatkan sudut dan posisi yang jarang dilakukan oleh perakam video lain, pendapat saya ianya kreatif.

Ketiga dan komen terakhir, mungkin filem akan datang boleh dipanjangkan lagi masanya. Insya-Allah mungkin PGPI boleh adakan kerjasama dengan biro agama dan persatuan agama IPG lain. Mungkin persembahan dan publisiti lebih mantop! Apapun tahniah kerana dapat menghasilkan filem buat pertama kali bagi IPG.

4stars!!!

Wednesday, 9 May 2012

Derita Dalam DAKWAH - Fathullah Gulen


Ketika menusia berada dalam jurang kesesatan yang sangat jauh, ketika itulah pula Nabi Ibrahim A.S diutus oleh Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Tugas utama Baginda Ibrahim adalah mengajak kaumnya kepada kebenaran, Baginda menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Baginda mengajak kaum mentauhidkan Allah,
tetapi kaumnya menolak ajakan Baginda yang didakwa disampaikan dengan cara seruan yang sangat keras, tidak boleh diterima. Bahkan mereka melemparkan Nabi Ibrahim A.S ke ke dalam unggun api yang besar untuk membinasakannya. Setelah kenabian Nabi Ibrahim A.S berakhir, umat semakin lama semakin bertambah menyimpang dari jalan yang lurus. Mereka kembali mengagungkan dan menyembah patung-patung, serta mereka lebih condong kepada kehidupan duniawi dan segala sesuatu yagn bersifat materialistik.

Ketika manusia sedang berada dalam puncak kesesatan yagn jauh, maka di saat itulah Allah Taala mengutus Nabi Musa A.S di Mesir. Saat itu jiwa penduduk Mesir telah membatu, bahkan perasaan lebih keras dari batu. Nabi Musa A.S berusaha mengajak mereka ke jalan yang lurus. Nabi Musa A.S menegakkan tugas suci seorang Rasul, amar ma'ruf nahi mungkar. Beliau dan Nabi Harun A.S, saudara Baginda yang turut bersamanya mengajak manusia ke jalan yang lurus dengan susah payah dan penuh dengan tentangan serta penderitaan. Kedua-dua utusan Allah itu, terus bersabar saat menyampaikan risalah kenabian yang dibebankan di bahu-bahu mereka.

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar bukanlah perkara yagn mudah. Tidak sedikit Para Nabi dan Rasul yang terbunuh, ketika mengajak kaumnya menurut manhaj dakwah itu. Tubuh Nabi Zakaria A.S pernah diancam dan dibelah menjadi dua menggunakan gergaji besi, kerana menanggung risalah yang mesti disampaikan. Demikian pula halnya dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa A.S, kedua-dua jiwa manusia mulia ini diancam bunuh, ketika mengajak kaum-kaumnya menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Meskipun demikian, tentangan yang dihadapi Nabi Muhammad S.A.W dari kaum Baginda sendiri lebih berat dan dahsyat, sehingga Baginda S.A.W pernah bersabda kepada Aisyah R.A (maksudnya), "Aku telah menerima tentangan dan ancaman dari kaummu dengan sangat keras" (Sahih Buhkhari)

Sikap kecewa akibat permusuhan yang mesti dihadapi oleh Para Nabi dan Rasul itu juga harus dihadapi oleh para da'ie yang mengajak umat masing-masing ke jalan Allah Taala. Pendakwah yang menyangka bahawa seruannya hari berjaya merupakan pendakwah yang tidak menepati sunnah-sunnah yang pernah dilalui oleh masyayeikh para pendakwah, iaitu Para Nabi dan Rasul.

Tugas dakwah sebenarnya berat dan mencabar. Pendakwah yang melalui denai-denai perjuangan yang diwarisi oleh Para Nabi dan Rasul tentunya juga akan mengungkapkan perkataan seumpama ini, "Selama lapan puluh tahun lebih usaha seruan dakwahku, belum pernah aku merasakan manisnya dunia. Sebab aku menghabiskan usiaku di medan peperangan dan penjara, baik di dalam mahupun di luar negeri. Tidak ada satu penderitaan pun berupa seksaan yagn belum pernah aku alami. Bahkan aku pernah diperlakukan sebagai penjahat perang di dalam negeriku sendiri. Aku juga pernah dibuang di pelbagai negara sebagai pembelot, dan aku pernah dilarang bergaul dengan orang lain (diasingkan) selama berbulan-bulan di dalam penjara khusus di negeriku sendiri. Aku pernah diracun berulangkali, dan dihinakan dengan pelbagai hinaan yang kejian. Sampai muncul satu waktu aku lebih banyak berharap kematian daripada hidup yang terus-menerus terseksa. Andaikata agamaku tidak melarangku melakukan bunuh diri, pasti aku sudah membunuh diriku sendiri. Sebab, kematian bagiku pada waktu itu, lebih aku sukai daripada kehidupan yang penuh dengan seksaan dan penderitaan".

Ungkapan yang tergambar jelas menunjukkan suatu bentuk keluhan dan kekecewaan perasaan yang keluar dari seorang yang jiwanya hampa, terkilan dan kecewa disebabkan oleh tentangan masyarakat sekililing ketika dia mengajak mereka menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Begitulah juga lebih beratnya tugas dakwah yang dijalankan Para Nabi dan Rasul, sejak Nabi Adam A.S sampai kepada Rasulullah S.A.W. Tugas menegakkan dakwah, dan amar ma'ruf nahi mungkar sangat berat, dan memerlukan jiwa-jiwa yang sangat ikhlas dan sabar. Sanggup menanggung beban yang amat berat.

Perlu diketahui bahawa, sesiapa sahaja yang merelakan dirinya untuk mengembangkan tugas suci ini, hendaklah dia sentiasa menjaga diri untuk tetap bersikap istiqomah (konsisten). Sebab tugas suci ini memerlukan peribadi-peribadi yang teguh dan istiqomah dalam menjalankan tugasnya. Bukan orang-orang yang mencari kehidupan dunia, menukar ayat dengan kehidupan dunia, jawatan dan harta yang sangat sedikit itu di sisi Allah Taala. Dengan kata lain, setiap Mukmin sebenarnya mendapatkan tugas untuk memenuhi kewajiban yang utama ini, menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, agar keimanan di sanubari masing-masing terpelihara. Ini kerana, kaitan amalan yang dimaksudkan dengan keimanan seorang hamba sangatlah erat. Setiap individu atau pun kelompok tidak akan pernah kekal kesetiaannya terhadap perintah-perintah agama, kecuali jika ia bersedia menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Sesungguhnya rahsia keberadaan seorang Mukmin dan syarat kekalnya ia sebagai seorang Mukmin adalah menjalankan perintah untuk menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran. Seorang Mukmin tidak boleh mendiamkan kejahatan yang nyata terjadi. Seorang Mukmin juga tidak seharusnya menilai kehidupan peribadinya terlebih dahulu berbanding dari kematian atau kerosakan umatnya.

Setiap Mukmin harus menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar seperti yang pernah dilakukan oleh Para Sahabat, dan mereka menganggap tugas amar ma'ruf nahi mungkar menjadi tugas yang sangat mulia. Sebab itulah setiap Sahabat Nabi tidak pernah dalam hidup mereka berhenti sesaat pun untuk menengakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Setiap Mukmin hendaknya selalu menyandarkan dirinya kepada Allah Taala dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, serta memohon perlindungan kepada Allah Taala, saat menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar di tengah-tengah umat.

Hendaknya setiap Mukmin sentiasa mengorbankan segala apa yang menjadi miliknya untuk menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Sebab, amalan ini membentuk kehidupan tersendiri bagi kualiti diri seorang Mukmin. Setiap Mukmin yang menjadikan iman dan dakwah sebagai sumber amalan di dalam hidupnya, maka ia termasuk seorang yang menjaga lima perkara berikut : "Agama, akal, keturunan, harta dan nyawa".

Di zaman kini, untaian kata para pendakwah tidak ada lagi "atsar-nya" (kesannya) kepada manusia, ibaratnya seperti membuang garam di tengah laut. Di kaca-kaca media, di tengah-tengah majlis ta'alim, dan pelbagai forum, kata-kata pendakwah seperti tiada bekasnya. Sia-sia. Seperti suara di tengah padang pasir. Ini disebabkan para pendakwah seumpama itu memiliki objektif peribadi dan kepentingan duniawi. Mereka bukan orang-orang yang ikhlas, tetapi para pengejar dunia dan menjadikan dunia tambatan kehidupan mereka. Mereka menggunakan agama sebagai kuda "tunggangan" untuk mendapatkan dunia.

Tidak hairan umat semakin jauh dari hidayah agama (Islam). Sementara itu, kesesatan, kederhakaan, kemaksiatan, serta pelbagai ragam dosa terus bertambah. Kerana pendakwah bukan terdiri dari orang-orang yang ingin menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak ke kiri mahupun ke kanan (tiada pendirian yang teguh menegakkan kebenaran), tetapi berdiri di tengah-tengah manusia demi menegakkan mahligai bagi dirinya sendiri. Wallahu'alam- Oleh Fathullah Gulen

MANHAL PMRAM: FATWA DALAM ISLAM




FATWA DALAM ISLAM

Fatwa ialah keputusan bagi sesuatu permasalahan. Ia melibatkan hukum agama yang diberikan oleh mufti kepada mereka yang bertanya samada individu mahupun berkumpulan ke atas permasalahan yang sudah jelas punca permasalahannya atau masih kabur.
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, definisi fatwa ialahkeputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas Al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti.

Fatwa dikeluarkan oleh mufti atau mereka yang mempunyai kemahiran yang mendalam berkenaan hukum-hakam yang berkaitan agama. Hal ini demikian kerana fatwa melibatkan hukum ke atas permasalahan yang berkaitan dengan agama, maka mereka yang mempunyai kemhairan dalam hukum hakam agama sahaja yang layak memberikannya.

Realitinya di masa kini, kalimah fatwa disinonimkan dengan mufti sahaja kerana mufti menjadi satu jawatan rasmi yang diberikan kepada seseorang (yang berautoriti) untuk dipertanggungjawabkan bagi mengeluarkan fatwa.  

Maksud dari firman Allah SWT :

“Mereka (orang Islam) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah Kalalah. Katakanlah : Allah memberikan fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah tersebut iaitu jika seseorang meninggal dunia yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta peninggalan” – Surah An-Nisa’ : 176

Dalam satu riwayat hadis, seorang sahabat, Abu Musa Al-Asy’ari bertanyakan kepada Nabi SAW mengenai dengan minuman yang diperbuat oleh penduduk Yaman :

أَفْتِنا فِي شرابَيْن كُنَّا نَصْنَعُهما بِاليَمَن

"Berikanlah fatwa kepada kami berkenaan 2 minuman yang kami buat di Yaman."

Dan Abu Musa Al-‘Asyari menjelaskan hakikat minuman tersebut. Lalu baginda SAW bersabda :

كُلُّ مُسْكِر حَرام

Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.”  - Bukhari dan Muslim

AKHLAK DALAM MENJAGA KREDIBILITI FATWA

Apabila fatwa ia berkaitan dengan hukum hakam dalam Islam, maka tidak dapat tidak mufti merupakan orang yang memegang amanah dalam memastikan fatwa yang diberikan menepati syara’. Sehubungan itu juga, dalam perihal beramanah dengan agama Islam, tidak dapat tidak peranan mufti adalah berkait rapat dengan akhlak. Hal ini demikian kerana, benteng bagi memastikan seseorang mufti tersebut tidak pecah amanah adalah bergantung kepada kekuatan akhlaknya.

Justeru, tidak dinamakan seseorang tersebut dengan ulama jika hanya mempunyai pengetahuan yang tinggi tanpa dibaluti dengan akhlak yang mulia. Mereka yang layak dipanggil ulama atau mufti adalah mereka yang menggunakan ilmu dan pengetahuan mereka agar semakin bertaqwa kepada Allah. Maka apabila mereka ingin mencapai tahap tersebut maka mereka mestilah menyalurkan pengetahuan dan ilmu tersebut mengikut salurannya antara berkata benar, tidak mengeluarkan hukum bagi kepentingan tertentu dan sebagaimana.

Inilah yang dijelaskan oleh Allah di dalam Surah Fatir :
“Sesungguhnya hanya orang yang paling takutkan Allah daripada kalangan hamba-Nya adalah daripada kalangan ulama’.” –Surah Fatir : 28

Maka akhlak ini menjadi pembeza antara ulama yang sebenar dengan ulama su’ iaitu mereka yang mempergunakan agama bagi menjaga kepentingan tertentu.

Hal ini jelas apabila sifat kaum terdahulu yang sanggup membelakangi agama demi kepentingan dunia sehingga menyembunyikan kebenaran, mereka ini dicela oleh Allah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran :

Maksud firman Allah :

“Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami (Allah) turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” – Surah Al-Baqarah : 159

Dan daripada akhlak seorang mufti ialah menyampaikan dengan ilmunya akan kebenaran, dan tetap berpegang kepada kebenaran tersebut walaupun dibenci dan dimarahi oleh orang-orang yang gilakan dunia dan mereka yang berjawatan. Lihat bagaimana contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Imam Ahmad dalam mempertahankan kebenaran mengenai Al-Quran itu kalamullah, sehingga sanggup dipenjara dan diseksa bertahun lamanya. Maka akhklah mulia yang ada dalam diri mufti tersebutlah yang menjaga kreddibiliti fatwa yang dikeluarkan olehnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN FATWA TERSEBUT SALAH ATAU KURANG TEPAT

Dr Yusuf Al-Qardhawi menggariskan 6 faktor utama yang menjadikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan tersebut adalah tidak tepat bahkan salah. 6 faktor tersebut ialah :

1-    Jahil ke atas sesuatu nas atau terlepas pandang nas-nas yang lain

Antara sebab terlepas pandang sesuatu nas ialah apabila mufti tersebut terlalu gopoh dalam mengeluarkan fatwanya tanpa sempat mengkaji terlebih dahulu permasalahan yang timbul. Kajian ilmiah juga merupakan displin dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Hal ini demikian kerana fatwa yang ingin dikeluarkan mestilah membawa kepada maslahat yang umum. Justeru memerlukan kajian ke atas nas-nas yang banyak.

Bahkan juga antara kejahilan sesuatu nas ialah apabila tidak mendalami sesuatu displin rujukan dalam penghujahan iaitu dengan menjadikan “apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW” sebagai satu bentuk hujah. Sedangkan perkara tersebut adalah silap sebagaimana para ulama telah bersepakat, boleh rujuk artikel lepas di http://www.manhal.pmram.org/2012/05/nabi-saw-tidak-pernah-lakukan-hujah.html

2-    Kesalahan dalam mentakwil

Antara jelas kesalahan dalam mentakwil ialah mendefinisikan sesuatu permasalahan yang berlaku dengan maksud yang bukan sepatutnya. Maka sudah tentu fatwa akan dikeluarkan mengikut definisi yang salah tersebut. Hasilnya, ia tidak menepati kehendak permasalahan yang sebenar. Sebagai contoh mendefinisikan demonstrasi sebagai rusuhan yang merosakkan harta benda awam, maka sudah tentu fatwa yang dikeluarkan mengharamkan demonstrasi secara mutlak kerana bagi mereka demonstrasi adalah perbuatan yang sememangnya membawa kepada kerosakan.

Sedang definisi yang sebenar ialah perhimpuan untuk tunjuk perasaan. Ia menjadi wasilah kepada sesuatu tunjuan. Dan hukumnya adalah berdasarkan tujuan dan caranya. Jika tujuannya salah dan cara pun bersalah maka sudah tentu ia diharamkan. Namun jika perhimpunan yang dilakukan dengan aman dengan tujuan sekadar protes bantahan ekoran hak-hak mereka dicabuli, sekadar ini sahaja, maka ia adalah diharuskan kerana hukum asal bagi sesuatu adalah harus sebagaimana mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

3-    Tidak memahami sesuatu realiti yang berlaku berdasarkan hakikatnya

Sebelum mengeluarkan fatwa, maka mestilah mengetahui hakikat permasalahan yang sebenar. Kesilapan dalam mengetahui hakikat sebenar akan melencongkan fatwa yang dikeluarkan. Maka sebab itulah disebutkan bahawa hukum sesuatu adalah berlegar kepada illahnya, jika ada illahnya maka adalah hukumnya, jika tiada maka sebaliknya.

Maka, untuk mengetahui hakikat sesuatu permasalahan, maka ia mesti mengkaji dan mendapatkan sumber yang jelas daripada semua pihak yang terbabit.

4-    Menurut hawa nafsu

Tidak sepatutnya fatwa yang dikeluarkan adalah menurut hawa nafsu. Hal ini jelas bertentangan dan bercanggah dengan syara’. Fatwa merupakan jawapan kepada pemasalahan yang timbul dan berkaitan dengan agama, justeru ia mestilah mengikut ketetapan kebenaran, bukan hanya nafsu. Disebabkan itu, akhlak mulia sangat penting bagi menjaga kredibiliti fatwa daripada terikut-ikut dengan hawa nafsu.

Maksud daripada firman Allah :

Wahai Daud sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum antara manusia dengan benar.” – Surah Shad : 26

5-    Mengikut ideologi pihak barat

Hal ini bertentangan dan bercanggah dengan syara’. Fatwa yang dikeluarkan mestilah berdasarkan Al-Quran, hadis, ijma’ dam qiyas serta rujukan-rujukan yang lain di dalam Islam. Rujukan mengikut ideologi barat pastinya akan menyelewengkan fatwa yang dikeluarkan. Disebabkan itu, konsep keadilan, kebebasan dan apa jua yang berlaku di zaman moden ini mestilah menurut kaedah di dalam Islam.

Antara contoh, walaupun ideologi barat mengatakan pembahagian harta pusaka yang diagihkan kepada anak lelali dan anak perempuan dengan kadar nisbah 2 :1 adalah tidak adil berdasarkan akal fikiran mereka, namun nilai keadilan adalah mengkiut ketetapan Islam bukan dengan ideologi barat kerana jelas dalam Al-Quran mengenai nas pembahagian kadar 2 : 1 bagi anak lelaki dan anak perempuan.

Maksud daripada firman Allah :

Patutkah mereka berkehendak kepada hukum-hakam jahiliyyah? Padahal (kepada orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.” – Surah Al-Maidah : 50

6-    Jumud ke atas fatwa yang lama tanpa meraikan perubahan yang berlaku

Hukum dalam konteks ijtihadiyyah ke atas furu’ dan dalil yang zhonni adalah berubah mengikut faktor-faktor yang terikat. Hal ini jelas bahawa di dalam Islam adanya kontek thawabit iaitu tidak berubah dan ia dalam konteks perkada usul. Berbeza dengan konteks furu’ maka hukum boleh berubah mengikut perubahan yang berlaku dan sewajarnya.

Dan ini perbahasan yang panjang dalam perbincangan ulama. Namun apa yang jelas ialah sekiranya, fatwa yang berkaitan dengan furu’ adalah berubah bagi meraikan maslahat umum yang semasa kerana syariat Islam adalah bersesuaian sepanjang zaman dan di mana jua tempat. Disebabkan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa konsp wasatiyyah dalam Islam ialah kita menjaga prinsip thawabit dan mutaghaiyirat (berubah-ubah), bukannya hanya berpandukan hadfiyyah semata-mata seperti Mazhab Zohiriyah dan menolak nas-nas yang jelas seperti yang dibawa oleh ideologi barat yang menolak nas-nas yang jelas kemudian mencipta sesuatu etika dengan beralasan maslahat.

KESIMPULAN

Fatwa merupakan jawapan kepada permasalahan semasa yang berlaku. Ia menunjukkan bahawa Islam menjaga maslahat manusia sepanjang zaman. Hal ini dengan menjadikan segala persoalan dan permasalahan yang berlaku adalah menurut pandangan Islam.

Mufti adalah orang yang diamanahkan dalam mengeluarkan fatwa. Maka sudah tentu ia paling layak di sisi masyarakat awam. Justeru, mufti mestilah memainkan peranan yang jelas dalam menyampaikan mesej agar masyarakat dapat memahami hukum Islam dengan baik.

Sehubungan itu, 6 faktor utama ini mestilah dijaga dengan baik, agar fatwa yang dikeluarkan dilihat mempunyai kredibiliti yang tinggi dan ia mengaitkan dengan imej institusi yang membawa dan menjaga agama Islam sebagai konteks agama rasmi.

Ulama terdahulu tetap berpegang dengan kebenaran walaupun dikenakan pelbagai seksaan. Hasil pegangan mereka yang teguh terhadap kebenaran, manusia kini dapat merasai nikmat Islam di seluruh dunia.

Akhirnya, pihak MANHAL PMRAM melihat fatwa merupakan senjata uatama dalam menerangkan Islam itu syumul dan sesuai sepanjang zaman. Justeru, pihak yang dipertanggungjawabkan mestilah menjaga kredibiliti fatwa dan imej institusi yang menjaga urusan agama Islam.

Wallahu a’lam

Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

Rujukan :
1-    Al-Fatwa Baina Al-Indibat Wa At-Tasayyub, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
2-    Fiqh Al-Islam Wa Adillatuh, oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily, jilid ke-1, cetakan Dar Al-Fikri
3-    Mujibat Taghaiyur Al-Fatwa Fi 'Asrina, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar Al-Sharouq

Sunday, 29 April 2012

Zikir dan Gol

Aku lintas tepi wakaf tv Kolej Kediaman usai solat Isyak berjemaah. Di sisi aku ada Farid, sahabat semester 2 program persediaan yang juga baru pulang mendirikan solat berjemaah di Balai Islam. Sewaktu kami melintas wakaf tv, aku terkejut ada yang menjerit gol tatkala kami baru sahaja pulang mengerjakan solat. Nampaknya astro kolej kediaman menjadi taghut yang diutamakan berbanding Allah.

Merenung diri yang penuh dengan khilaf dan cacat cela yang terukir di hati, aku menginsafi saat aku mengabaikan azan dan utamakan laptop dan tugasan. Ya, memang banyak tapi banyak manakah masa kita luangkan tugasan tersebut berbanding Allah? Astghafirullahalazim...

Tiba-tiba aku tersentak dengan respon Farid yang menjerit Allah berulangkali. Cuba mengatasi jeritan manusia yang jerit 'gol'. Tersedar dari lamunan aku menyahut seruan Farid dengan menjerit bersama-samanya. Allah! Allah!
       
Sekali lagi aku terfikir, banyak manakah jeritan yang tidak memberi manfaat kepada kita di alam barzakh mahu pun di mahsyar kelak kita utamakan berbanding zikir?

Terima kasih kepada JPP yang merancang Bulan Recharge Your Iman untuk bulan Mei ini. Semoga ini memberi kesan kepada warga IPG KDRI yang mungkin hanyut dengan dunia seperti aku. Teringat sabda rasul yang ternukil dalam kitab Ar-Rasul karangan Said Hawwa yang mengatakan Rasulullah SAW yang maksum tiadalah melainkan berzikir setiap hari:
Muslim mriwayatkan bahawa dari Aghar Muzani, Rasulullah SAW bersabda:
"Zikir itu adalah nyanyian dalam hatiku, dan sungguh, aku beristighfar ada Allah satu hari sebanyak seratus kali"

Nabi SAW adalah seorang maksum, masih lagi melakukan sedemikian... Kita? Wallahualam!

Himpunan Intektual Imtiaz

...

..